Assalamualaikum
So, exam bagi CTU 151 hari Jumaat petang kan, jadi here saya sertakan sedikit rujukan tambahan bagaimana cara menjawab exam CTU 151 bahagian esei dengan betul. Sebab ia sangat sangatla mempengaruhi markah kamu.
(1) Perkara pertama adalah kamu kena
rujuk pada markah. Misalnya bahagian 1(a) markah adalah 9M dan 1(b) adalah 6. Untuk bahagian 1 apabila diminta huraikan 3 contoh maka pembahagian markah adalah seperti tertera pada nombor 4 di bawah.
Contoh soalan:
a) Huraikan
TIGA (3) faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Andalus (9 markah)
b)
DUA (2) sumbangan kerajaan Bani Umayyah di Andalus (6 markah)
Untuk bahagian (a) pecahkan jawapan kepada bentuk berikut mengikut
flow:
1. Point (
max 1 ayat)
2. Huraian (
min 2 ayat)
3. Contoh (
min 1 ayat)
Maka jawapan kamu paling minimum adalah 4 ayat untuk
SATU (1) Huraian.
(2) Perkara kedua adalah BENTUK JAWAPAN mestilah dalam bentuk esei. Saya ulang yea,
ESEI =.=
Jawapan yang diberi dalam bentuk point atau dash etc akan dikurangkan markah. Satu perenggan untuk satu huraian untuk satu point utama. Keseluruhan untuk bahagian (a) sepatutnya akan ada 3 perenggan. TIDAK PERLU juga pendahuluan dan penutup.
(3) Dalam SATU BOOKLET ada 10 sheets. Makanya gunakan semaksima mungkin helaian tersebut.
SATU SHEET hanya untuk SATU BAHAGIAN SOALAN. Minimum helaian kamu akan guna adalah 4 helai.
contoh untuk soalan..
a) Huraikan
TIGA (3) faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Andalus (9 markah)
Jawab dalam satu muka dan soalan berikutnya...
b) DUA (2) sumbangan kerajaan Bani Umayyah di Andalus (6 markah)
...jawab dalam muka yang berikut.
Saya nasihatkan agar salin soalan semula untuk memudahkan saya marking. :))
(4) Pembahagian markah
1. Point = 1 M
2. Huraian = 1.5 M
3. Contoh = 0.5 M
(5) Cara menulis jawapan. Okk kita ambil contoh soalan 1 bahagian (a) (9 Markah)
a) Huraikan
TIGA (3) faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Andalus
!SALIN SOALAN
!
Faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Andalus ialah
gesaaan al-Quran dan as-sunnah.
Hasil daripada pemahaman masyarakat dalam ilmu agama khususnya hasil tarbiyah al-Quran dan hadis telah menjadikan mereka umat yang dahagakan ilmu pengetahuan bahkan sentiasa berusaha untuk mengembangkannya di kalangan masyarakat Andalusia. Bahkan,
pemerintah turut memainkan peranan yang penting melalui terbinanya sekolah-sekolah di setiap daerah dan bandar.
Contoh ilmu-ilmu yang diperkenalkan ketika zaman tersebut adalah
ilmu matematik, astronomi, geografi dan perubatan.
Kedua adalah usaha pemerintah dan sikap masyarakat.
Sebut jawapan terus dan nokhtahkan untuk asing antara point dan huraian.
Akhir sekali ialah kestabilan Andalusia.
HURAI DAN CONTOH.
!!Yang berwarna adalah di mana markah akan dikira!!
9 ATAU 6 MARKAH JIKA MENGIKUT TERMA SAYA :))
(6) Spacing antara perenggan.
(7) Tulis siap number soalan yang kamu dah picked di halaman depan.
(8) Jawab 2 daripada 3 soalan esei. Sebaiknya jangan jawab lebih okk. Mengganggu emosi saya. Saya bukan marking skrip group kamu sahaja, banyak tau. so kesianla pada saya =.= Andainya kamu
blurr dan tak tahu nak jawab sebab spot tak masuk ke kan ;DD Jawab saja apa pun. at least dalam 2 perenggan, saya consider la dalam 1-2 markah yea. Tapi jangan
leave me blank.
Mungkin jika format pemarkahan atau soalan akan berubah memandangkan format soalan CTU 211 yang baru saja lepas tadi dah lain. Jadi kamu kena pandai adapt dan adjust yea. :)) Alahh semua pandai-pandai.
All the best!
#Akan sentiasa di update#