Assalamualaikum.
Okk istilah, eh tak settle settle lagi kan kelas saya dengan kamu? =.= Ini last pertolongan sayalah sebelum exam CTU 151 petang esok, antara istilah-istilah baru yang kamu akan terjumpa di bahagian objektif. Thanks to Fatin dan Mira (ACD2Aa), Maryam (CSD1Gq), Ilman (CSD1Gq) dan Gogo (ASD1Bg) sebab buat saya sedar ada istilah yang kamu belum faham.
1. Analitikal = secara terperinci
2. Dalil juz'i = dalil yang dikaitkan dengan masalah yang khusus dan sabit pada hukum tertentu
3. Polarisasi = jurang
4. Konsensus = kesepakatan yang diperoleh secara sebulat suara
5. Liberalisme = Ideologi untuk melahirkan masyarakat yang bebas dari segi beberapa aspek antaranya
kesamarataan dalam segenap aspek sama ada politik mahupun sosial
6. Hedonisme = Ideologi yang terlalu cenderung kepada mengagungkan hiburan
7. Sekularisme = Ideologi untuk bebas dari peraturan agama
8. Muraqabah = hampir kepada konsep ihsan 'Jika engkau tidak melihat, sesungguhnya Dia melihat'
9. Muaqabah = (Deraan) Ertinya apabila seseorang mukmin meneliti dan menghisab dirinya dan melihat
kekurangan dalam amalannya. Bahkan dosa yang dia buat dipandang serius walaupun hanya
dosa kecil. Jadi dia 'muaqabah' melalui perbanyakkan solat sunat contohnya sebagai deraan
untuk dirinya. HARAM jika dia muaqabah dengan melakukan perkara yang haram
contohnya melukakan diri.
10. fi'liyah = perbuatan
11. Qauliyah = perkataan
12. Taqririyah = pengakuan
13. Ibadah khusus = Ibadah wajib
14. Globalisasi = dunia tanpa sempadan
Seperkara lagi, kebiasaannya untuk objektif dia akan letak satu jawapan yang memang confirm dah salah pun bahkan ada yang tak wujud pun. cuma nak disamakan sebutan sahaja. Ada juga memang awal-awal lagi ditolak oleh Rasulullah saw sendiri contohnya wad'iyyah.
Soalan dari Aishah (CSD1Gq)
15. Taabbudiyah = kita tidak dibenarkan untuk mempersoalkan serta memikirkan kenapa ia disyariatkan,
kenapa bilangan dia banyak tu contoh termudah adalah solat. Memikirkan hikmah dia
sangat dianjurkan akan tetapi memikirkan kenapa 4 rakaat bukan 7, kenapa nama
dia isyak bukan lail, misalnya adalah dilarang.

No comments:
Post a Comment