Saturday, 6 October 2012

GOOD LUCK II


TO ALL MY 101 STUDENTS


"Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya"



ALL THE BEST

FOR YOUR EXAM TOMORROW !!

BI TAUFIQ WANNAJAH

GOOD LUCK! :)





Friday, 5 October 2012

Panduan Menjawab Exam CTU 101: Esei

 Assalamualaikum


CTU 101 Ahad petang kan, jadi memandangkan ramai sedang buat bahagian esei dan juga dah excited tanya cara jawab kan so nahh baca :DD sebelum saya dipeningkan dengan cara jawab yang pelik-pelik lebih baik saya back up dulu :pp


Rujuk SINI 

Saya sediakan untuk CTU 151, tapi sebagai rujukan tambahan, okk.


1. Fill in SEMUA yang booklet mahu. Termasuklah pilihan jawapan kamu.


2. Jawab 2 SOALAN esei sahaja. Boleh nak jawab semua tapi risiko markah rendah agak tinggi. saya letih nak mark semua *.* REPEAT letihhh =.=


3. Tulis soalan esei di bahagian atas jawapan.


4. Satu sheet hanya untuk SATU BAHAGIAN soalan. Means minimum helaian kamu patut guna adalah empat (4)


5. Pemarkahan. Andainya satu bahagian soalan contoh 1(a) 7.5 markah dan dia minta 3 huraian ertinya 2.5 untuk satu huraian. Jadi,

1. Point = 1 Markah = maximum 1 ayat
2. Huraian = 1 Markah = minimum 2 ayat
3. Contoh = 0.5 Markah = maximum 1 ayat


6. Jawab dalam bentuk ESEI dan berperenggan.


7. Minimum ayat dalam satu perenggan adalah empat (4) ayat.


8. Tidak perlu pendahuluan dan penutup.


9. Spacing antara perenggan.


10. In case kalau format pemarkahan berbeza, kamu kena pandai adjust lah :DD


11. Cara menjawab esei:


Soalan 1(a) Tiga syarat untuk menjadikan sesuatu amalan itu ibadah.


     Syarat pertama untuk menjadikan amalan dikira sebagai ibadah ialah niat ikhlas kerana Allah.  Menyandarkan sesuatu amalan kepada makhluk, nafsu, syaitan mahupun wang ringgit tidak dikira sebagai ibadah bahkan merupakan amalan yang dikeji Allah. Justeru itu, setiap manusia hendaklah sentiasa mengemaskini nawaitunya agar dalam setiap qauliyah, taqririyah bahkan fi'liyah hanya kerana Allah. Contohnya, orang yang minum kerana dahaga hanya dapat menghilangkan dahaga tetapi jika dia berniat kerana Allah maka minumnya itu ibadah.


   Kedua adalah perbuatan yang dilakukan mestilah yang dibenarkan oleh syarak. +Huraian 2 ayat dan contoh.


   Syarat terakhir ialah tidak mengabaikan ibadat fardhu. +Huraian 2 ayat dan contoh.

!!Markah dikira pada highlighted!!

13. Jangan ulang ayat yang sama


14. Walau bagaimana berubah bentuk corak soalan Bahagian B, TIADA JAWAPAN YANG STAND TANPA HURAIAN. walaupun satu jawapan hanya 1 markah. tetap memerlukan huraian contohnya definisi kepada jawapan tadi. REMEMBER THAT :))


till then.. So ALL THE BEST! :))




Thursday, 4 October 2012

GOOD LUCK



TO ALL MY 151 STUDENTS


"Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya"



ALL THE BEST
FOR YOUR EXAM TOMORROW !!
BI TAUFIQ WANNAJAH

GOOD LUCK! :)


Istilah

Assalamualaikum.


Okk istilah, eh tak settle settle lagi kan kelas saya dengan kamu? =.= Ini last pertolongan sayalah sebelum exam CTU 151 petang esok, antara istilah-istilah baru yang kamu akan terjumpa di bahagian objektif. Thanks to Fatin dan Mira (ACD2Aa), Maryam (CSD1Gq), Ilman (CSD1Gq) dan Gogo (ASD1Bg) sebab buat saya sedar ada istilah yang kamu belum faham.



1. Analitikal = secara terperinci

2. Dalil juz'i = dalil yang dikaitkan dengan masalah yang khusus dan sabit pada hukum tertentu

3. Polarisasi = jurang

4. Konsensus = kesepakatan yang diperoleh secara sebulat suara

5. Liberalisme = Ideologi untuk melahirkan masyarakat yang bebas dari segi beberapa aspek antaranya
                          kesamarataan dalam segenap aspek sama ada politik mahupun sosial


6. Hedonisme = Ideologi yang terlalu cenderung kepada mengagungkan hiburan

7. Sekularisme = Ideologi untuk bebas dari peraturan agama

8. Muraqabah = hampir kepada konsep ihsan 'Jika engkau tidak melihat, sesungguhnya Dia melihat'

9. Muaqabah = (Deraan) Ertinya apabila seseorang mukmin meneliti dan menghisab dirinya dan melihat
                         kekurangan dalam amalannya. Bahkan dosa yang dia buat dipandang serius walaupun hanya
                         dosa kecil. Jadi dia 'muaqabah' melalui perbanyakkan solat sunat contohnya sebagai deraan
                         untuk dirinya. HARAM jika dia muaqabah dengan melakukan perkara yang haram
                         contohnya melukakan diri.

10. fi'liyah = perbuatan

11. Qauliyah = perkataan

12. Taqririyah = pengakuan

13. Ibadah khusus = Ibadah wajib

14. Globalisasi = dunia tanpa sempadan



Seperkara lagi, kebiasaannya untuk objektif dia akan letak satu jawapan yang memang confirm dah salah pun bahkan ada yang tak wujud pun. cuma nak disamakan sebutan sahaja. Ada juga memang awal-awal lagi ditolak oleh Rasulullah saw sendiri contohnya wad'iyyah.


Soalan dari Aishah (CSD1Gq)


15. Taabbudiyah = kita tidak dibenarkan untuk mempersoalkan serta memikirkan kenapa ia disyariatkan,
                              kenapa bilangan dia banyak tu contoh termudah adalah solat. Memikirkan hikmah dia
                              sangat dianjurkan akan tetapi memikirkan kenapa 4 rakaat bukan 7, kenapa nama 
                              dia isyak bukan lail, misalnya adalah dilarang.



Wednesday, 3 October 2012

Panduan Menjawab CTU 151


Assalamualaikum


So, exam bagi CTU 151 hari Jumaat petang kan, jadi here saya sertakan sedikit rujukan tambahan bagaimana cara menjawab exam CTU 151 bahagian esei dengan betul. Sebab ia sangat sangatla mempengaruhi markah kamu.


(1) Perkara pertama adalah kamu kena rujuk pada markah. Misalnya bahagian 1(a) markah adalah 9M dan 1(b) adalah 6. Untuk bahagian 1 apabila diminta huraikan 3 contoh maka pembahagian markah adalah seperti tertera pada nombor 4 di bawah.


Contoh soalan:

a) Huraikan TIGA (3) faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Andalus  (9 markah)
b) DUA (2) sumbangan kerajaan Bani Umayyah di Andalus                                   (6 markah)


Untuk bahagian (a) pecahkan jawapan kepada bentuk berikut mengikut flow:


1. Point (max 1 ayat)
2. Huraian (min 2 ayat)
3. Contoh (min 1 ayat)

Maka jawapan kamu paling minimum adalah 4 ayat untuk SATU (1) Huraian.



(2) Perkara kedua adalah BENTUK JAWAPAN mestilah dalam bentuk esei. Saya ulang yea, ESEI =.=
Jawapan yang diberi dalam bentuk point atau dash etc akan dikurangkan markah. Satu perenggan untuk satu huraian untuk satu point utama. Keseluruhan untuk bahagian (a) sepatutnya akan ada 3 perenggan. TIDAK PERLU juga pendahuluan dan penutup.



(3) Dalam SATU BOOKLET ada 10 sheets. Makanya gunakan semaksima mungkin helaian tersebut.
SATU SHEET hanya untuk SATU BAHAGIAN SOALAN. Minimum helaian kamu akan guna adalah 4 helai.

contoh untuk soalan..
a) Huraikan TIGA (3) faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Andalus (9 markah)


Jawab dalam satu muka dan soalan berikutnya...

b) DUA (2) sumbangan kerajaan Bani Umayyah di Andalus  (6 markah)
...jawab dalam muka yang berikut. Saya nasihatkan agar salin soalan semula untuk memudahkan saya marking. :))



(4) Pembahagian markah


1. Point = 1 M
2. Huraian = 1.5 M
3. Contoh = 0.5 M



(5) Cara menulis jawapan. Okk kita ambil contoh soalan 1 bahagian (a) (9 Markah)

a) Huraikan TIGA (3) faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Andalus !SALIN SOALAN!


       Faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Andalus ialah gesaaan al-Quran dan as-sunnah. Hasil daripada pemahaman masyarakat dalam ilmu agama khususnya hasil tarbiyah al-Quran dan hadis telah menjadikan mereka umat yang dahagakan ilmu pengetahuan bahkan sentiasa berusaha untuk mengembangkannya di kalangan masyarakat Andalusia. Bahkan, pemerintah turut memainkan peranan yang penting melalui  terbinanya sekolah-sekolah di setiap daerah dan bandar. Contoh ilmu-ilmu yang diperkenalkan ketika zaman tersebut adalah ilmu matematik, astronomi, geografi dan perubatan.


      Kedua adalah usaha pemerintah dan sikap masyarakat. Sebut jawapan terus dan nokhtahkan untuk asing antara point dan huraian.


      Akhir sekali ialah kestabilan Andalusia. HURAI DAN CONTOH.


!!Yang berwarna adalah di mana markah akan dikira!!

9 ATAU 6 MARKAH JIKA MENGIKUT TERMA SAYA :)) 


(6) Spacing antara perenggan.

(7) Tulis siap number soalan yang kamu dah picked di halaman depan.

(8) Jawab 2 daripada 3 soalan esei. Sebaiknya jangan jawab lebih okk. Mengganggu emosi saya. Saya bukan marking skrip group kamu sahaja, banyak tau. so kesianla pada saya =.= Andainya kamu blurr dan tak tahu nak jawab sebab spot tak masuk ke kan ;DD Jawab saja apa pun. at least dalam 2 perenggan, saya consider la dalam 1-2 markah yea. Tapi jangan leave me blank.

Mungkin jika format pemarkahan atau soalan akan berubah memandangkan format soalan CTU 211 yang baru saja lepas tadi dah lain. Jadi kamu kena pandai adapt dan adjust yea. :)) Alahh semua pandai-pandai.



All the best!



#Akan sentiasa di update#



Tuesday, 2 October 2012

PD1Ab


Assalamualaikum


Hi to my students pra :)) Hope you doing well.


Okk so final untuk CTU 001 already passed kan, dan saya pun dah siap marking paper kamu semua. I knew semua terkejut sebab soalan sangatla senang =.= Hanya untuk lepas syarat sahaja, LULUS atau GAGAL. Alhamdulillah semua lulus tanpa perlu penambahan markah daripada saya. TAHNIAH :))



Bil
No Pelajar
Final
1
2012449886
L
2
2012272406
L
3
2012661114
L
4
2012659828
L
5
2012857654
L
6
2012645968
L
7
2012497514
L
8
2012458174
L
10
2012479904
L
11
2012830836
L
12
2012246054
L
13
2012239184
L
14
2012623612
L
15
2012606228
L
16
2012471362
L
17
2012242878
L
18
2012497968
L
19
2012430248
L
20
2012822606
L
21
20124088874
L
22
2012292092
L
23
2012647718
L
24
2012232468
L
25
2012812864
L
26
2012610026
L
27
2012677896
L
28
2012252642
L
29
2012408482
L
30
2012251258
L



After all saya doakan kejayaan kamu semua dunia dan akhirat. May you pass insha Allah. And please pada sesiapa yang belum lancar mengaji, carilah guru untuk belajar yea even kamu boleh belajar sendiri sebenarnya. mahu atau tidak saja. Apa yang dah saya delivered dalam kelas, cubalah untuk praktiskan semaksima mungkin. Kita adalah HAMBA Allah. Jangan lupa tu :))





So, GOOD LUCK and take care yourself.


Daisypath Friendship tickers