Friday, 5 October 2012

Panduan Menjawab Exam CTU 101: Esei

 Assalamualaikum


CTU 101 Ahad petang kan, jadi memandangkan ramai sedang buat bahagian esei dan juga dah excited tanya cara jawab kan so nahh baca :DD sebelum saya dipeningkan dengan cara jawab yang pelik-pelik lebih baik saya back up dulu :pp


Rujuk SINI 

Saya sediakan untuk CTU 151, tapi sebagai rujukan tambahan, okk.


1. Fill in SEMUA yang booklet mahu. Termasuklah pilihan jawapan kamu.


2. Jawab 2 SOALAN esei sahaja. Boleh nak jawab semua tapi risiko markah rendah agak tinggi. saya letih nak mark semua *.* REPEAT letihhh =.=


3. Tulis soalan esei di bahagian atas jawapan.


4. Satu sheet hanya untuk SATU BAHAGIAN soalan. Means minimum helaian kamu patut guna adalah empat (4)


5. Pemarkahan. Andainya satu bahagian soalan contoh 1(a) 7.5 markah dan dia minta 3 huraian ertinya 2.5 untuk satu huraian. Jadi,

1. Point = 1 Markah = maximum 1 ayat
2. Huraian = 1 Markah = minimum 2 ayat
3. Contoh = 0.5 Markah = maximum 1 ayat


6. Jawab dalam bentuk ESEI dan berperenggan.


7. Minimum ayat dalam satu perenggan adalah empat (4) ayat.


8. Tidak perlu pendahuluan dan penutup.


9. Spacing antara perenggan.


10. In case kalau format pemarkahan berbeza, kamu kena pandai adjust lah :DD


11. Cara menjawab esei:


Soalan 1(a) Tiga syarat untuk menjadikan sesuatu amalan itu ibadah.


     Syarat pertama untuk menjadikan amalan dikira sebagai ibadah ialah niat ikhlas kerana Allah.  Menyandarkan sesuatu amalan kepada makhluk, nafsu, syaitan mahupun wang ringgit tidak dikira sebagai ibadah bahkan merupakan amalan yang dikeji Allah. Justeru itu, setiap manusia hendaklah sentiasa mengemaskini nawaitunya agar dalam setiap qauliyah, taqririyah bahkan fi'liyah hanya kerana Allah. Contohnya, orang yang minum kerana dahaga hanya dapat menghilangkan dahaga tetapi jika dia berniat kerana Allah maka minumnya itu ibadah.


   Kedua adalah perbuatan yang dilakukan mestilah yang dibenarkan oleh syarak. +Huraian 2 ayat dan contoh.


   Syarat terakhir ialah tidak mengabaikan ibadat fardhu. +Huraian 2 ayat dan contoh.

!!Markah dikira pada highlighted!!

13. Jangan ulang ayat yang sama


14. Walau bagaimana berubah bentuk corak soalan Bahagian B, TIADA JAWAPAN YANG STAND TANPA HURAIAN. walaupun satu jawapan hanya 1 markah. tetap memerlukan huraian contohnya definisi kepada jawapan tadi. REMEMBER THAT :))


till then.. So ALL THE BEST! :))




5 comments:

Daisypath Friendship tickers